7 Mac 2024|
 
Majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaysia Perlis dengan Islamic Private School Association Satun (IPAS). Majlis dihadiri oleh Naib Canselor UniMAP, Prof. Dato’ Ts. Dr. Zaliman Sauli dan Mr. Madren Layod, Presiden (IPAS) di Pejabat Naib Canselor, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra. Islamic Private School Association Satun (IPAS) merupakan persatuan yang ditubuhkan untuk mengawal selia dan menguruskan sekolah-sekolah agama swasta yang terletak di Wilayah Satun, Thailand. Persatuan ini bertugas untuk menganjurkan program bersama di peringkat Wilayah Satun dan juga antarabangsa dalam aspek akademik dan pembangunan insan.