9 Julai 2024 |
 
Busan, South Korea.
 
UniMAP terus mengorak langkah ke hadapan di bumi Korea apabila memperkukuhkan jalinan kerjasama menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) dengan lawke Dong-Eui University (DEU) yang diwakili Dr. Gumkwang Bae, Dean of International Affairs, DEU manakala UniMAP diwakili Naib Canselornya, Prof Dato’ Ts Dr Zaliman Sauli. Kerjasama UniMAP-DEU telah bermula sejak 2018 melalui program UniMAP Korean University Student Travel Programme (UniKU) yang merupakan sebuah program mobiliti antarabangsa pelajar melibatkan penukaran pembelajaran bahasa dan budaya. Seramai 24 pelajar UniMAP akan terlibat bagi UniKU 2024 bagi tempoh 3 minggu yang akan bermula pada bulan Ogos nanti. Delegasi UniMAP turut mengadakan perbincangan bersama pengurusan DEU untuk meningkatkan lagi program-program akademik dan mobiliti antarabangsa yang boleh memberi impak kepada kedua-dua institusi pendidikan tinggi.