9 Julai 2024 |
 
Busan, South Korea.
 
Satu Memorandum Perjanjian (MoA) antara UniMAP dan Pukyong National University (PKNU) telah berlangsung dengan UniMAP diwakili Naib Canselor, Prof Dato’ Ts Dr Zaliman Sauli manakala PKNU diwakili Prof. Dr. Youngbok Kim, Vice President, PKNU di Busan, Korea Selatan. PKNU adalah sebuah institusi pendidikan tinggi di Korea Selatan yang ditubuhkan pada tahun 1996 dengan kepakaran dalam sains marin serta kejuruteraan & teknologi. Kolaborasi UniMAP-PKNU adalah untuk pelaksanaan program Dual Degree peringkat sarjana dan doktor falsafah melalui mod penyelidikan bagi memperkasakan hasrat pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara. Turut hadir Prof Madya Dr. Rozyanty Rahman, Pengarah Pusat Pengajian Siswazah dan Prof Madya Dr. Latifah Munirah Kamarudin.